Follower

Isnin, 26 Jun 2023

HIBAH PELENGKAP BUKAN HELAH ELAKKAN FARAID

oleh Zulkiflihasan


Mutakhir ini umat Islam di Malaysia sering cuba diyakinkan oleh sesetengah pihak bahawa hibah adalah mekanisma yang efisyen untuk mengelakkan faraid. Ini menimbulkan salah faham bahawa faraid itu dilihat seakan zalim dan tidak adil. Kefahaman yang cuba dibentuk ini merupakan suatu kebatilan kerana hibah dan faraid adalah melengkapi dan bukannya mekanisma atau helah untuk mengelakkan daripada melaksanakan hukum Allah SWT.

Seiring dengan rasa tanggungjawab untuk memberi pencerahan kepada masyarakat, Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (FSU, USIM) dengan kerjasama Persatuan Hartanah Guaman Malaysia (HartaGuam) telah menganjurkan Seminar Hibah vs Faraid dengan Tema ‘Biar Tahu Jangan Keliru’ pada 21 Oktober 2017. Seminar ini menampilkan pakar-pakar dalam bidang faraid dan pentadbiran harta Islam yang terlibat secara langsung sama ada dari aspek penyelidikan, amalan perundangan mahupun dari sudut hukum hakam dan perspektif fiqh.

Rabu, 21 Jun 2023

Bolehkah isteri tidak bekerja tuntut harta sepencarian?

Oleh NURULFATIHA MUAH
04 Oktober 2019

SEBUT sahaja penceraian, tiada siapa yang menyukai perkara itu. Ya, ia barangkali menjadi peristiwa yang amat menyakitkan bagi sesiapa yang pernah mengalaminya.

Perasaan itulah yang dialami oleh Maizura (bukan nama sebenar) selepas bercerai dengan Ariffin (bukan nama sebenar).

Mereka sudah lama menyulam cinta sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin pada tahun 1990. Namun, entah di mana silapnya, selepas 13 tahun hidup bersama, ikatan suci itu terlerai akhirnya dengan jatuhnya talak satu.

Perceraian tersebut dibuat di sebuah Mahkamah Syariah di pantai timur pada tahun 2003. Hasil perkahwinan itu, Maizura dan Ariffin dikurniakan dua orang anak.

Isnin, 19 Jun 2023

Anak Tak Sah Taraf Dalam Perwarisan Harta Pusaka

Salah Faham Mengenai Pusaka, Faraid, Wasiat dan Hibah
Siri 17

Penulis: ZulHamzah

"Anak tak sah taraf" adalah satu istilah baru yang lebih lunak dan ringan bagi menggantikan perkataan "anak zina" atau "anak haram" yang dilihat agak keras dan kasar.

Definisi anak tak sah taraf sebagaimana yang telah diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 10 Jun 2003 adalah seperti berikut :

• Anak yang dilahirkan di luar nikah sama ada akibat zina atau rogol dan dia bukan daripada persetubuhan syubhah atau bukan daripada anak perhambaan.

#19 Taudhih Al-Hukmi : Barang Perkakasan Dapur dan Rumah Dikira Harta Pusaka?

Pendahuluan

Pembahagian harta pusaka sering menjadi topik tumpuan yang dibincangkan oleh ahli keluarga selepas pemilik harta meninggal dunia. Maka, timbul persoalan dalam kalangan masyarakat tentang pengurusan pembahagian harta pusaka melibatkan barangan di dalam rumah milik individu yang sudah meninggal dunia seperti perabot, pinggan mangkuk dan sebagainya. Adakah barang perkakasan dapur dan rumah termasuk daripada harta yang diperlu difaraid dan dibahagikan kepada waris-waris yang berhak?

Harta Pusaka itu Harta Faraid

Faraid berasal daripada perkataan Bahasa Arab yang asalnya daripada perkataan farḍ yang bermaksud al-taqdīr (yang ditentukan). Menurut syarak, perkataan tersebut bermaksud apa yang telah ditetapkan oleh dalil yang bersumberkan kepada Al-Quran, hadis dan ijmak ulama dan ijtihad para sahabat RA[1]. Ilmu faraid ialah ilmu pembahagian harta pusaka (pewarisan) atau ilmu yang berkaitan dengan harta peninggalan si mati[2]. Ia adalah gabungan kaedah fiqh dan matematik yang membolehkan hak setiap waris diketahui daripada pengiraan yang dilakukan.

Manakala, harta pusaka atau al-tarikah (التركة) di sisi Jumhur Ulama bermaksud segala sesuatu yang menjadi kepunyaan si mati di masa hidupnya, kemudian ditinggalkan untuk waris-warisnya sama ada harta benda, hak-hak dan apa yang termasuk dalam miliknya setelah seseorang itu mati[3]. Harta pusaka ini diketahui setelah ditolak segala perbelanjaan menguruskan jenazah, hutang si mati, wasiat, hibah dan harta sepencarian menurut undang-undang[4]. Harta peninggalan si mati ini menjadi harta faraid yang perlu untuk dibahagikan kepada waris-waris yang berhak.