Follower

Isnin, 24 November 2014

"Menyewa atau Membeli". Manakah pilihan anda?


Tajuk berita ini cukup menggerunkan. Cuba anda fikirkan, apakah anda sanggup menyewa sampai mati?. Sudah tentu ramai yang akan jawab "tidak sanggup". Tetapi, sebenarnya ramai yang tidak sanggup itu tidak bertindak wajar untuk membeli rumah atau hartanah.


Sebenarnya masih ramai tidak faham mengenai prinsip membeli rumah atau hartanah pada zaman sekarang. Ramai yang hanya faham, beli rumah untuk didiami semata-mata. Walaupun ada yang memahami rumah dan hartanah merupakan aset yang bernilai, tetapi masih dalam jumlah yang amat kecil peratusannya.


Justeru ramai yang memahami membeli rumah untuk didiami, maka ramailah yang memilih membeli rumah dengan mengambil kira faktor jarak dengan tempat kerja, faktor kemudahan persekitaran dan sebagainya. Faktor-faktor tersebut tidak lah salah, tetapi sebenarnya sudah tidak begitu relevan dalam suasana hari ini.


Jika dikatakan faktor jarak dengan tempat kerja sebagai alasan membeli rumah di sesuatu tempat, bagaimana jika anda kemudiannya dipindahkan tempat kerja ke tempat lain?. Apakah anda akan membeli rumah lain di tempat yang baru?. Dan apa jadi dengan rumah sedia ada anda di tempat kerja lama?. Begitu juga dengan faktor-faktor kemudahan setempat. Pada zaman hari ini, pelbagai kemudahan tersedia di semua tempat. Pembangunan dan perancangan pembangunan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat di banyak tempat. Jika satu ketika dahulu, kita lihat di kawasan Pokok Sena, Kedah contohnya, hanya ada beberapa taman perumahan dan ramai pembeli memilih untuk tidak membeli rumah di kawasan tersebut. Tetapi hari ini, kita sudah dapat tengok Pokok Sena telah menjadi sebuah pekan atau bandar kecil atau bandar satelit. Baru lah berpusu-pusu orang berminat untuk membeli dan pada hari ini, harga sudah tidak bersamaan lagi dengan harga 10 tahun dahulu.

Sebenarnya, membeli hartanah atau rumah ini perlu dilihat dari sudut pelaburan jangka panjang. Tidak semestinya membeli untuk didiami pada hari ini, tetapi ia boleh dijadikan aset simpanan yang lebih terjamin berbanding simpanan duit tunai di bank. Dan semakin hari urusan jual beli hartanah semakin sukar mendapatkan pinjaman dari pihak berkenaan, pelbagai polisi ditambah dan dikurangkan mengikut situasi ekonomi semasa. Justeru, dinasihatkan kepada semua pembaca supaya miliki lah hartanah anda sendiri pada hari ini. Jangan menyesal di kemudian hari kerana harga hartanah semakin hari semakin meningkat, tetapi pendapatan anda tidak meningkat seiring dengan peningkatan nilai dan harga hartanah.

Sila hubungi saya untuk sebarang perbincangan
Zulkifli bin Hamzah (REN 06989)
013-4946549 (call/sms/whatsapp/telegram)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan