Ramai pasangan muda tidak mampu membeli rumah pada hari ini bukan hanya kerana harga rumah yang tinggi atau mahal, tetapi kerana kegagalan diri sendiri menguruskan kewangan. Di tambah pula dengan kesilapan-kesilapan dalam menguruskan pendapatan serta perbelanjaan. Antara perkara-perkara dikenalpasti yang seringkali menjadi punca pinjaman untuk membeli rumah ditolak iaitu
1. hutang kereta
2. kad kredit
3. hutang peribadi (personal loan)
perkara-perkara di atas akan menyebabkan baki gaji yang layak untuk diguna bagi komitmen bayaran bulanan pinjaman rumah akan menjadi kecil dan inilah punca mengapa pinjaman tersebut ditolak atau tidak diluluskan.
Kereta sememangnya menjadi keperluan pada hari ini sebagai alat pengangkutan selesa dan mudah untuk berulang alik ke tempat kerja dan sebagainya. Tetapi, ramai yang lebih gemar membeli kereta mengikut kehendak atau minat, bukan mengikut kemampuan atau perancangan tertentu. Sedangkan kereta mengalami susut nilai pada setiap bulan dan tahun berbanding rumah yang biasanya mengalami kenaikan nilai pada setiap tahun.
Begitu juga dengan kemudahan kad kredit yang sebenarnya menjerat golongan muda dengan pelbagai tawaran tanpa disedari penggunaan kad kredit akan turut mengecilkan baki akhir pendapatan yang boleh dikira sebagai komitmen pembayaran pinjaman perumahan. Darah muda yang mahukan itu ini dengan mudah mampu mempengaruhi dan membuatkan seseorang terjebak menggunakan kad kredit secara tidak terkawal.
Kebanyakan pasangan yang mahu melansungkan perkahwinan akan membuat hutang peribadi (personal loan) bagi menampung kos pembiayaan kenduri kendara dan termasuklah juga sebagai bayaran mas kahwin oleh pihak lelaki. Namun, tanpa disedari hal ini akan mengakibatkan baki gaji semakin mengecil sehingga tidak mencukupkan syarat untuk membuat pinjaman perumahan.
Ada sebahagian berpendapat, membuat pinjaman untuk ketiga-tiga perkara di atas adalah penting dan perlu. Ya! tidak dinafikan bahawa ketiga-tiga perkara di atas bukanlah sesuatu yang salah, tetapi ia menjadi salah apabila tidak diuruskan dengan baik sehingga berlaku pembaziran dan kerugian pada jangka yang panjang. Contohnya jika sebuah kereta pada hari ini, bayaran bulanan ada yang mencecah sehingga RM700 sebulan dan jika pada masa yang sama anda mampu membayar sewa rumah sebanyak RM500 sebulan menjadikan perbelanjaan kereta+rumah sewa=RM1200 sebulan, maka anda sebenarnya sudah mampu untuk membeli rumah yang berharga RM200,000-RM250,000 dengan kadar bayaran bulanan dalam lingkungan RM1,200-RM1,300 sebulan bagi tempoh pembayaran selama maksima 35 tahun.
Bak kata orang tua-tua,
"berakit-rakit ke hulu,
Bak kata orang tua-tua,
"berakit-rakit ke hulu,
berenang-renang ketepian,
bersakit-sakit dahulu
bersenang kemudian"
Maka sebenarnya ungkapan tersebut juga perlu diaplikasi dalam kehidupan hari ini. Elakkan berbelanja kepada perkara yang bukan tidak perlu, tetapi sesuatu yang boleh dijimatkan dan dielakkan. Sama seperti perbelanjaan perkahwinan yang pada hari ini dilihat makin mahal, sedangkan hakikatnya banyak perbelanjaan yang tidak menjadi wajib untuk dibelanjakan. Memadailah dengan mengikut Sunnah Rasulullah dan sedikit sebanyak adat Melayu yang tidak bertentangan dengan syarak, insya Allah perkahwinan tersebut akan lebih diberkati oleh Allah dengan kebahagiaan dan keharmonian.
Insya Allah akan bersambung pada tulisan yang akan datang ~
Insya Allah akan bersambung pada tulisan yang akan datang ~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan