Ramai juga orang yang tersalah faham mengenai fungsi 'ejen hartanah' dengan menganggap ejen hartanah menjual hartanah pada harga yang lebih tinggi berbanding harga sebenar yang dijual oleh tuan rumah @ pemilik hartanah.
Fungsi ejen adalah sebagai 'wakil' yang dilantik oleh pemilik hartanah berkenaan. Perlantikan ejen bukan sahaja boleh dibuat oleh pemilik hartanah, tetapi juga oleh seseorang yang sedang mencari hartanah untuk dibeli atau disewa.
Berbalik kepada isu yang disebutkan pada perenggan pertama, ejen hartanah adalah sebenarnya dilantik menjadi wakil kepada pemilik hartanah yang ingin menjualkan atau menyewakan hartanahnya. Justeru, fungsi utama seseorang ejen adalah mencari pembeli atau penyewa sebagai memenuhi kehendak pemilik hartanah tersebut. Di dalam tugas ini, sudah tentu ia berkait rapat dengan harga jualan atau nilai sewaan hartanah tersebut. Di sini lah yang dimaksudkan bahawa ramai orang memahami bahawa harga yang ditawarkan oleh seorang ejen hartanah adalah lebih tinggi dari harga sebenar dan disebabkan demikianlah, ramai bakal pembeli mengelak dan tidak mahu berurusan melalui ejen dan senantiasa mencari peluang untuk bersemuka dengan pemilik hartanah untuk merundingkan sendiri harga jualan atau sewaan hartanah berkenaan.
Suka saya ingin memberi penjelasan bahawa sebagai ejen hartanah berdaftar, penentuan harga jualan atau nilai sewaan hartanah adalah menjadi hak mutlak pemilik. Ejen tidak berhak atau tidak berkuasa untuk menentukan harga jualan atau nilai sewaan (mark-up price). Harga yang diiklankan oleh seorang ejen hartanah berdaftar adalah sebenarnya harga yang telah dipersetujui bersama dengan pemilik hartanah atau dengan kebenaran atau arahan pemilik hartanah. Dan sebarang perundingan mengenai harga jualan atau nilai sewaan mestilah melalui ejen berkenaan kerana ejen tersebut telah dilantik secara RASMI mewakili pemilik dalam urusan yang telah disebutkan.
Ini berbeza dengan ejen hartanah yang tidak berlesen yang kebiasaannya mengamalkan sistem jualan secara 'harga tambah' atau 'mark-up price'. Contohnya pemilik ingin menjualkan hartanahnya pada harga RM200K, ejen tidak berlesen tersebut biasanya akan meletakkan harga jualan lebih tinggi samada RM210K atau harga lain lebih tinggi dengan tujuan lebihan dari RM200K itu sebagai komisyen kepadanya. Keadaan ini kadang kala membebankan kepada pembeli kerana terpaksa membayar lebih. Ia amat berbeza dengan ejen hartanah berdaftar (berlesen) kerana ejen hartanah berdaftar telah mempunyai perjanjian ketika perlantikan secara rasmi dengan pemilik hartanah mengenai komisyen yang patut dibayar yang biasanya antara 2-3% dari harga jualan. Justeru itu, tidak timbul harga jualan itu lebih atau kurang dari harga yang ditetapkan oleh pemilik hartanah kerana komisyen ejen hartanah berdaftar dibayar oleh pemilik, bukan oleh pembeli seperti yang biasa diamalkan oleh ejen hartanah tidak berlesen.
Oleh kerana itu, saya nasihatkan supaya tidak perlu bimbang dan ragu-ragu apabila berurusan dengan mana-mana ejen hartanah berlesen kerana harga yang ditawarkan atau diiklankan adalah sama dengan harga yang ditetapkan oleh pemilik hartanah. Hanya dalam kes-kes tertentu sahaja harga ejen dan harga pemilik hartanah mempunyai sedikit perbezaan, namun ia masih suatu harga yang disetujui dan di dalam pengetahuan pemilik hartanah tersebut.
Oleh kerana itu, saya nasihatkan supaya tidak perlu bimbang dan ragu-ragu apabila berurusan dengan mana-mana ejen hartanah berlesen kerana harga yang ditawarkan atau diiklankan adalah sama dengan harga yang ditetapkan oleh pemilik hartanah. Hanya dalam kes-kes tertentu sahaja harga ejen dan harga pemilik hartanah mempunyai sedikit perbezaan, namun ia masih suatu harga yang disetujui dan di dalam pengetahuan pemilik hartanah tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan