Follower

Jumaat, 3 Mac 2023

Soalan : Arwah bapa saya peneroka Felda. Nak tanya macam mana nak faraid tanah Felda?

Salah Faham Mengenai Pusaka, Faraid, Wasiat dan Hibah
Siri 10

Penulis ZulHamzah

Tanah Felda terikat dgn peraturan khas di bawah Akta Penempatan Berkelompok 1960. Peraturan menetapkan hanya 2 nama sahaja boleh didaftarkan ke dalam dokumen hakmilik tanah Felda. Justeru apabila berlaku kematian kpd pemilik asal, pihak Felda akan meminta waris menamakan seorang pentadbir untuk didaftarkan ke dalam dokumen pemilikan.

Menurut pandangan oleh pengamal undang-undang, pemilikan terhadap tanah Felda oleh para peneroka adalah pemilikan tidak sempurna. Walaupun pegangan individu berupa geran tanah telah dikeluarkan, namun apa-apa urusan masih tertakluk kepada kebenaran oleh pihak Felda. Maka ia tidak boleh diwariskan menerusi agihan secara faraid berikutan sekatan yang wujud dalam Akta.

Namun kematian adalah pasti kerana setiap yang bernyawa pasti akan menemui ajal. Justeru, apabila berlaku kematian kepada pemilik asal, seorang pentadbir akan dilantik di kalangan waris. Nama pentadbir tersebut akan didaftarkan pada geran tanah dan tapak rumah, namun ia tidak bermaksud pemilikan penuh pentadbir tersebut ke atas tanah.

Fungsi pentabir dalam urusan ini adalah sebagai wakil kepada semua waris sebagaimana peraturan pendaftaran kenderaan yang hanya membenarkan satu nama sahaja didaftarkan pada geran sebagai wakil kepada waris-waris lain.

Pada masa yang sama, hasil yang diperolehi daripada tanah pusaka tersebut hendaklah diagihkan oleh pentadbir yang telah dilantik kepada waris2 mengikut ketetapan faraid atau apa-apa persetujuan yg telah dicapai di kalangan waris. Sekiranya pentadbir itu meninggal, seorang pentadbir lain pula akan dilantik bagi tujuan yg sama.

Kesimpulannya tanah Felda tidak boleh diagihkan melalui faraid kerana sekatan undang2 yg disebutkan di atas, namun hasilnya wajib diagihkan mengikut ketetapan faraid.

Wallahua'lam

10 Sya'ban 1444H
3 Mac 2023

Tiada ulasan:

Catat Ulasan