Follower

Khamis, 26 Januari 2023

"Harta saya berupa rumah, tanah dan wang simpanan, bagaimana cara terbaik untuk saya hibahkan kepada anak-anak saya?"

Salah Faham Mengenai Pusaka, Faraid, Wasiat dan Hibah
Siri 6

Penulis : ZulHamzah
Hibah merupakan satu instrumen urusan berkait dengan harta milikan yang dibenarkan oleh syarak. Ia merupakan pemberian semasa hayat pemilik harta tanpa balasan kepada satu pihak atau beberapa pihak.

Tujuan hibah dilakukan adalah untuk menjaga keharmonian ahli waris selepas pemberi hibah meninggal. Ia adalah amalan sunat dan alternatif dalam pengurusan harta mengikut kaedah Islam tanpa menafikan kewajipan melaksanakan faraid setelah berlaku kematian pemilik harta.

Isnin, 23 Januari 2023

Apakah kesan terhadap waris-waris apabila harta pusaka tidak diselesaikan agihan?

Salah Faham Mengenai Pusaka, Faraid, Wasiat dan Hibah
Siri 5

Penulis: ZulHamzah

Terlalu banyak kes harta pusaka umat Islam yang tidak diselesaikan agihan. Menurut data yang dikeluarkan pada tahun 2016, nilai harta yang dibekukan akibat pusaka berjumlah RM60Bilion. Angka ini terus meningkat kepada RM90Bilion pada tahun 2021 dan 90% daripadanya adalah harta pusaka orang Islam.

Terdapat pelbagai kesan yang boleh diteliti dan kesemuanya hanyalah membawa kesan negatif, tiada satu pun kesan positif pada keadaan ini. Antara kesan berikut iaitu

1. Persengketaan waris-waris berpanjangan

Harta pusaka sepatutnya menjadi alat mempertautkan hubungan silaturrahim di kalangan ahli keluarga. Malah pertalian antara waris adalah pertalian darah daging, namun apabila harta pusaka tidak diuruskan dengan baik, berlakulah sengketa sesama darah daging dan berpanjangan.

Lagi lama ia tidak diselesaikan, lagi lama lah persengketaan sesama waris akan berpanjangan.

Ahad, 22 Januari 2023

Soalan : "Arwah ayah tanam padi, sebelum padi masak, ayah meninggal. Nak kira macam mana?"

Salah Faham Mengenai Pusaka, Faraid, Wasiat dan Hibah
Siri 4

Penulis : ZulHamzah

Sebelum jawab soalan di atas, kita lihat dulu definisi Pusaka. Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, PUSAKA adalah harta benda yang ditinggalkan oleh orang yang telah meninggal dunia (untuk diwarisi oleh keluarganya).

Menurut istilah syara’ pula, harta warisan atau 'mirath' adalah harta peninggalan orang yang telah meninggal dunia yang telah menjadi hak mutlak ahli warisnya untuk diagih-agihkan di kalangan mereka yang berhak.

Soalan yang diajukan iaitu mengenai hasil padi yang ditanam oleh si mati sebelum meninggal, apakah termasuk pusaka atau tidak. Jawapannya ya, hasil tersebut termasuk dalam kategori pusaka kerana salah satu kategori pusaka iaitu segala hasil yang terbit dari hasil usahanya semasa hayat.

Khamis, 19 Januari 2023

"Manakah Sesuai Antara Faraid atau Hibah Harta Saya?"

Salah Faham Mengenai Pusaka, Faraid, Wasiat dan Hibah
Siri 3

Penulis: ZulHamzah

Bila diajukan soalan sebegini, memang jem sikit lah nak jawab kerana soalan tu membandingkan antara instrumen FARAID dan HIBAH. Ia menunjukkan bahawa wujud salah faham oleh penyoal terhadap faraid dan hibah itu sendiri.

Membandingkan faraid dan hibah adalah umpama membandingkan epal dan anggur atau membandingkan kereta dan lori. Faraid dan Hibah adalah dua instrumen syarak yang berbeza, bukan saja pada hukum, tapi juga pada fungsi dan perlaksanaannya.

Salah faham terhadap faraid juga dikesan dalam perbualan apabila ia seringkali dimaknakan sebagai "bahagi" atau bahasa orang Kedah disebut "bědak". Contoh ayat yg selalu kita dengar seperti "buah tu dah habis difaraidkan" yang membawa maksud buah tersebut telah habis dibahagi-bahagikan.

Ahad, 15 Januari 2023

PATAH TITI

Salah Faham Mengenai Pusaka, Faraid, Wasiat dan Hibah
Siri 2

Penulis: ZulHamzah

"Patah Titi" merupakan satu Istilah yang agak popular dalam masyarakat Islam di Malaysia yang merujuk kepada seorang anak (cucu) yang kematian ayah sebelum kematian datuk atau nenek. Keadaan ini menyebabkan si anak (cucu) tersebut terhalang untuk mewarisi harta datuk atau neneknya selepas kematian mereka.

Benarkah cucu yang kematian ayah langsung tidak dapat mewarisi harta datuk @ nenek?

Salah satu syarat dalam perlaksanaan harta pusaka iaitu waris yang berhak mendapat harta pusaka masih hidup ketika si mati meninggal dunia. Syarat ini terpakai walaupun contohnya seorang bapa dan anaknya meninggal pada hari yang sama, tapi berbeza masa.

Isnin, 9 Januari 2023

"Nak ikut Faraid atau Bahagi Sama Rata?"

Salah Faham Mengenai Pusaka, Faraid, Wasiat dan Hibah
Siri 1

Penulis : ZulHamzah

Banyak salah fahaman masyarakat mengenai fungsi faraid dalam proses perwarisan harta pusaka si mati yang beragama Islam. Salah satu nya iaitu dalam memutuskan pembahagian harta pusaka, ada yang nak ikut faraid dan ada yang nak dibahagikan sama rata tanpa kira jantina.

Jantina merupakan salah satu elemen penting dalam menentukan nilai bahagian atau hak seseorang terhadap harta yang dipusakakan. Tapi sebelum hadir nilai bahagian tersebut, kaedah faraid digunakan bagi menentukan kelayakan waris yang berhak menerima warisan.

Sebenarnya pembahagian secara sama rata juga terdapat dalam sistem faraid iaitu yg dipanggil "takharuj". Namun, sebelum sampai kepada kaedah takharuj tersebut, terlebih dahulu kelayakan waris-waris ditentukan. Jika tidak ditentukan kelayakan seseorang bagi mewarisi harta pusaka, sudah pasti semua yang berkait dengan si mati mahu menuntut hak kerana disangkakan dia berhak berdasarkan hubungkait dengan si mati. 

Selasa, 11 Julai 2017

TERIMALAH HAKIKAT

Sedar atau tidak, suka atau tidak kita perlu menerima hakikat bahawa semakin hari harga rumah makin meningkat. Tidak perlu dibentangkan statistik atau kajian sebagai bukti, anda sendiri boleh mencari bukti melalui pengamatan ke atas rumah-rumah yang ditawarkan untuk dijual di pasaran.

Sedar atau tidak, sejak lebih dua tahun yang lalu kami sering memberi nasihat kepada orang ramai supaya usah mempercayai khabar angin yang mengatakan tahun 2016 dan 2017, harga rumah akan mengalami kejatuhan. Hakikatnya anda boleh lihat sendiri apakah kenyataan itu benar atau sebaliknya.

Lalu siapakah yang beroleh untung daripada khabar-khabat angin sebegini?.

Jawapannya iaitu ada pihak yang boleh mengaut keuntungan, tapi jawapan itu tidak penting untuk diberi keutamaan di sini. Apa yang lebih utama iaitu anda perlu jawab kepada diri sendiri apakah kelebihan yang anda dapat dengan tindakan "tunggu dulu" semenjak dua tahun atau setahun yang lepas?.

Jika anda pada dua tahun atau setahun yang lepas merupakan seorang yang tergolong dalam golongan "tidak layak membuat pinjaman", tetapi hari ini anda telah berjaya diluluskan pinjaman pembelian "rumahku syurgaku" anda, maka kami ucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan tersebut. Tetapi jika anda adalah orang yang sama sejak dua tahun atau setahun yang lepas, masih dilingkari masalah yang sama iaitu dengan masalah "high commitment", masih berhadapan dengan harga rumah yang di luar kemampuan dan sebagainya, maka kami juga ucapkan tahniah kepada anda kerana anda telah berjaya membuktikan apa yang telah kami di *Utara Properties & Management Services (UPMAS)* sering sebutkan dan nasihatkan sejak tempoh setahun dua yang lalu adalah suatu yang mempunyai asas kebenaran.

Justeru kami nasihatkan anda untuk kesekian kalinya untuk belajar menerima hakikat akan senario semasa tidak menyebelahi anda sebagai seorang pembeli. Pembeli di Malaysia *TIDAK MAMPU* mengawal harga hartanah walaupun melalui prinsip "demand and supply" kerana sosio ekonomi kita amat berbeza dengan negara-negara lain.

Dan sudah tiba masanya kebanyakan orang perlu menerima hakikat bahawa membeli rumah di Malaysia merupakan satu "perjuangan yang belum selesai". Ia perlu dikategorikan sebagai sebuah "perjuangan" kerana pemilikan hartanah merupakan satu petanda aras kepada pelbagai ukuran samada ukuran penguasaan ekonomi sesuatu kelompok, bangsa atau lainnya, samada sebagai ukuran dan lambang kejayaan oleh seseorang atau satu kumpulan ataupun ukuran-ukuran lainnya.

Akhirnya kita perlu terima hakikat sekiranya setiap dari kita tidak berubah mulai hari ini, keadaan akan lebih teruk menimpa anak cucu kita pada masa hadapan. Ada pihak yang mengatakan "kesusahan zaman hari ini adalah kerana kealpaan zaman lampau", maka usah biarkan anak cucu kita menyalahkan kita pada satu hari nanti kerana hanya mewariskan kepapaan kepada mereka atau dengan bahasa lainnya iaitu hanya mewariskan bumi untuk dipijak, tetapi ia bukan milik kita, tapi ia milik orang.

Zulkifli Hamzah
Utara Properties & Management Services
11 Syawal 1438H

"PENERAJU INFORMASI DAN URUSAN HARTANAH ANDA"